Residensi Wilayah Aman Lumayan tawar 3,438 unit rumah mampu milik di Cheras Permaisuri
gavintck
PM_RESIDENSI PERMAISURI

Pengarah Urusannya, Shahril Reza Shaheen berkata projek kediaman mampu milik itu menawarkan 3,438 unit dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.01 bilion di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Beliau berkata projek berkenaan dibangunkan dalam tiga fasa iaitu Fasa 1, Fasa 2A dan Fasa 2B, dengan keseluruhan pembinaan dijangka siap dalam tempoh lima tahun.

“Projek dimulakan dengan Fasa 2B, melibatkan Residensi Wilayah setinggi 55 tingkat dengan 26 unit di setiap aras. Keistimewaan projek ini ialah reka bentuk bangunan berbentuk ‘Y’ yang memastikan setiap pemilik menikmati pemandangan tersendiri tanpa berdepan dengan unit lain,” katanya pada majlis pecah tanah projek berkenaan yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Bagi Fasa 2A, bangunan setinggi 50 tingkat akan dibangunkan, manakala Fasa 1 setinggi 43 tingkat. Semua unit kediaman ditawarkan pada harga RM300,000 seunit.

Lokasi projek turut menjadi tarikan utama kerana terletak kurang 500 meter dari Cadangan Jajaran Laluan Lingkaran MRT3 Stesen Sri Permaisuri, sekali gus memudahkan akses pengangkutan awam.

You May Like...

Rumah Selangorku Bukit Raja Freehold Fasade Condo
Rumah Selangorku Bandar Bukit Raja
RM 280,000
Residensi Kirana Salak South Rumawip Salak Selatan RM299,990 Fasade
Residensi Kirana Salak South (Bumi Lot)
RM 299,990
PPAM tepian tasik lake fields sungai besi
PPAM Tepian Tasik Lake Fields Sungai Besi
RM 300,000
Residensi tepian tasik lake fields sg besi
Rumawip Tepian Tasik Lake Fields Sg Besi
RM 300,000
Rumawip Taman Melati Setapak Condo Facade 300k 869sf
Rumawip Taman Melati Setapak
RM 299,960
Rumah Selangorku Setia Alam 4 Bilik 3 Bilik Air RM289,000 Partialy Furnished Fasade Condo
Residensi Setia Alam (Rumah Selangorku)
RM 289,000
Share the Post:

Related Posts

Rumah Selangorku Setia Alam Tawarkan Rumah Mampu Milik Lengkap Dengan Perabot RM250,000 Sahaja
Rumah Selangorku 3.0 Meranti Puchong x Cyberjaya Akan Datang Oktober 2024
Cara Mohon Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2024