Rumah Selangorku 3.0 Meranti Puchong x Cyberjaya Akan Datang Oktober 2024
gavintck
Projek pangsapuri rumah mampu milik di Pulau Meranti, Puchong x Cyberjaya, lokasi strategik dengan akses mudah ke lebuhraya MEX dan 9 minit ke MRT station sierra 16. . 9 ekar tapak tanah, 750 unit sahaja. Terdapat 2 jenis saiz: 750 kps dan 900 kps.
Semua unit dengan 3 bilik tidur, 2 bilik mandi, 2 tempat kereta percuma. Harga bermula dari RM210,000 (Termasuk perabot ).
Maklumat lanjut klik link —-> Residensi Meranti Cyberjaya
Rumah Selangorku adalah skim perumahan yang khas dari kerajaan negeri Selangor untuk orang Selangor. Ia ditubuhkan dengan tujuan untuk menyediakan perumahan mampu milik kepada warga yang layak dalam negeri tu.
Skim ni memberi mandat supaya pemaju dengan pembinaan yang berkelayakan kena membina sejumlah unit rumah mampu milik Selangor, sebagai sebahagian daripada projek keseluruhan mereka.
Inisiatif ini diketuai oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), organisasi perumahan negeri itu tersendiri. Ia mula diperkenalkan pada tahun 2014, dan direka untuk bagi semangat dan sokongan pada pemaju untuk membina rumah mampu milik Selangor yang selari dengan matlamat organisasi tu.
Jadi, rumah tu perlu lah berkualiti dan memenuhi keperluan warga tempatan yang memang mencari tempat tinggal yang berpatutan. Malah sebanyak 60,000 unit Rumah Selangorku dijangka dibina menjelang 2025.
Siapa Yang Layak Untuk Rumah Selangorku?
Rumah Selangorku adalah skim perumahan yang direka untuk menyokong golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana di Selangor.
Kiranya macam skim-skim lain, mesti ada syarat-syarat tertentu yang pemohon kena penuhi sebelum dikira layak untuk mendapat skim ni:
- Berumur lebih dari 18 tahun
- Warganegara Malaysia
- Penduduk Selangor
- Belum lagi memiliki hartanah
- Pendapatan isi rumah maksimum sebanyak RM10,000
- Satu permohonan Rumah Selangorku saja untuk setiap isi rumah
- Pemohon perseorangan dengan tanggungan boleh memohon
Di Manakah Rumah Selangorku 3.0 Dibina?
Di bawah inisiatif Rumah Selangorku 3.0, Kerajaan Negeri Selangor mempunyai zon tersendiri bagi membina Rumah Selangorku. Terdapat 4 zon yang dikenalpasti iaitu:
- Zon 1: Kawasan Berkepadatan Tinggi
- Zon 2: Kawasan Bandar
- Zon 3: Kawasan Pinggir Bandar
- Zon 4: Kawasan Luar Bandar
Pendek kata setiap zon akan menentukan jumlah unit Rumah Selangorku yang akan dibina serta harga kawalan rumah.
Jenis Hartanah Rumah Selangorku 3.0
Skim ni memang dah mula pada tahun 2014 lagi, tapi ada perubahan yang dibuat sejak tahun 2018 dan ke atas.
Di bawah initiatif Rumah Selangorku 3.0 yang dilancarkan pada Januari 2023, wujudnya perubahan dasar dengan mengambil kira pelbagai aspek seperti zon pembangunan, komponen pembangunan, speksifikasi, kawalan pembangunan dan penguatkuasaan.
Rumah Selangorku 3.0 turut menawarkan pilihan kepada golongan bujang dengan unit 1 bilik seluas 450 kaki persegi pada harga RM114,750 bagi bujang berusia 30 tahun ke bawah dan masih baru bekerja di pusat bandar.
Rumah Selangorku mempunyai pelbagai jenis unit, bergantung pada pilihan dan tahap pendapatan korang.
Ia dibahagikan pada kategori rumah A, B, C, D, dan E, dengan kriteria kelayakan yang berbeza bergantung kepada pendapatan isi rumah pemohon:
- Jenis A: Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,500 sebulan
- Jenis B: Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM7,000 sebulan
- Jenis C: Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan
- Jenis D, Jenis E dan Jenis E Khas: Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM14,500
Nak tau apa jenis unit dan saiz yang ada pada Rumah Selangorku 3.0?
Okay, jenis unit tu memang ada macam-macam yang korang boleh pilih, tapi semuanya bergantung pada tahap pendapatan berdasarkan Pekeliling LPHS ni.
You May Like...
Share the Post: